Kegemaran Ku
Photobucket - Video and Image Hosting
Sabtu, 26 Julai 2008


Hai kawan-kawan!! Hmmm... Semenjak kesemua 9 pos-pos saya, saya sampai terlupa pula hendak memberitahu anda tentang pemain kegemaran saya, Fernando Torres. Fernando Torres, nama penuh Fernando José Torres Sanz, telah dilahirkan pada 20 Mac 1984, di Fuenlabrada, Madrid. Dia merupakan pemain termuda yang bermain untuk Atletico Madrid pada umur 17 tahun.. Dua tahun kemudiannya, dia menjadi kapten termuda untuk kelab itu.

Pada tahun 2007, Fernando Torres memasuki kelab kegemaran ku, Liverpool F.C. dan dia menjadi pemain yang pertama untuk menjaringkan lebih daripada 20 gol untuk liga perdana England untuk kelab tersebut semenjak Robbie Fowler pada musim 1995-96.

Dia juga merupakan seorang pemain antarabangsa untuk negeri Sepanyol dan telah bermain dalam 3 pertandingan penting untuk negeri tersebut seperti UEFA Euro 2004, Piala Dunia FIFA 2006 dan juga UEFA Euro 2008 yang paling terkini. Hmmm... Itu sajalah!



Jumpa Anda Lagi!
9:24 PG

Jumaat, 25 Julai 2008


Hai kawan-kawan... Hari ini saya akan memberitahu anda semua tentang pengalaman-pengalaman saya dalam sebuah pertandingan bola sepak... Pada tahun yang lalu, saya adalah salah satu daripada 14 orang yang mewakili sekolah saya dalam sebuah pertandingan bola sepak... Pengalaman itu tidak begitu menggembirakan kerana pasukan sekolah saya selalu tewas... Kami melawan sekolah-sekolah yang lain yang hebat-hebat belaka seperti Sekolah Rendah Northland dan Sekolah Rendah SiLing... Perlawanan yang paling ghairah bagi saya adalah perlawanan antara Sekolah Rendah Woodgrove dengan Sekolah Rendah Canberra...

Dalam perlawanan itu, walaupun pasukan saya kalah 2-0, perlawanan itulah yang pasukan saya mempersembahkan cara permainan yang terbaik sekali.. Kita mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi, penjaga gol mereka sungguh hebat.. Pada pendapat saya, pasukan saya bukanlah tidak bagus, cuma kami perlu banyak berlatih dan bersenam..

Pada tahun ini, saya tidak banyak bermain bola kerana peperiksaan PSLE akan bermula dalam 68 hari lagi... Saya harap saya dapat markah yang cemrlang!!! Doakan saya ya....Hmmm... Itu sajalah...



Jumpa Anda Lagi!
11:01 PTG





Hai kawan-kawan!! Hari ini, saya akan memberitahu anda mengapakah saya gemar bermain bola... Mesti kawan-kawan semua mahu tahu sebabnya saya gemar bermain bola..Betul tak??? Hah, sebabnya ialah kerana saya suka dengan cara permainan bola dan taktik-taktik yang ada dalam permainan bola seperti formasi-formasi yang berbeza... Saya juga bukan hanya meminati bermain bola, tetapi, saya juga minat menonton sebuah perlawanan bola sepak di televisyen ataupun di stadium...Sata suka menonton bola kerana saya minat dengan pemain-pemainnya yang hebat dan jersi-jersi pasukan-pasukan yang lawa!!!!

Semasa musim cuti sekolah Jun, saya telah mengadakan sebuah perlawanan bola sepak dengan kawan-kawan saya.. Saya dan kawan-kawan akan memakai jersi-jersi pasukan kegemaran tersendiri... Saya memakai jersi liverpool saya manakala ramai kawan-kawan saya, seperti Solihin dan Danial, memakai jersi pasukan Manchester Untited.. Kita berlawan dan akhirnya, pasukan saya menang!! Saya sungguh gembira...



Jumpa Anda Lagi!
9:39 PTG

Ahad, 20 Julai 2008


Hai lagi... Hari ini, saya akan memberitahu anda tentang Piala Dunia FIFA... Piala Dunia FIFA adalah pertandingan yang paling penting dalam pertandingan bola sepak antarabangsa yang dianjurkan oleh FIFA... Pertandingan ini diadakan setiap empat tahun sejak tahun 1930... Pertandingan ini terpaksa dibatalkan pada tahun 1942 dan 1946 kerana Perang Dunia Kedua(World War ).

32 pasukan antarabangsa akan bertanding selama empat minggu di negara tuan rumah yang akan dicalonkan awal-awal lagi...Dahulu, sebelum Piala Dunia FIFA telah diadakan, perlawanan bola sepak antarabangsa pertama telah dilangsungkan pada tahun 1872 antara England Dan Scotland... Beribu-ribu peminat pasukan masing-masing telah menghadiri perlawanan itu...

Di rumah, semasa demam piala dunia, keluarga saya sanggup bangun pada pukul 2 pagi untuk menonton perlawanan Piala Dunia itu... Walaupun kita peminat setia Brazil, adik-beradik saya juga menyokong pasukan-pasukan yang lain seperti negara Sepanyol dan Jerman...

Di sekolah pula, saya dan kawan-kawan menganjur sebuah 'pertandingan Piala Dunia' yang dimain setiap minggu selepas sekolah.. Pialanya bukan piala yang sebenarnya, tetapi, piala itu adalah hanya makanan dan minuman yang harus dibelanja oleh pasukan-pasukan yang kalah..

Hmmm... Itu sajalah!! Jumpa Anda Lagi!!!



Jumpa Anda Lagi!
6:45 PTG

Sabtu, 19 Julai 2008


Hai lagi.. Hari ini, saya akan memberutahu anda semua tentang tugas seorang penyerang di dalam bola sepak.. Tugas utama mereka ialah untuk menjaringkan gol...
Seorang penyerang tengah ialah selalunya penjaring gol yang utama bagi sebuah pasukan bola sepak... Apabila sebuah pasukan bola sepak sedang menyerang, penyerang tengahlah yang jadi sasaran untuk pihak lawan mereka...Contoh-contoh untuk penyerang-penyerang tengah ialah David Trezeguet dan Miroslav Klose...
Ada juga penyerang-penyerang tengah yang berkebolehan untuk menanduk bola.. Mereka menanduk bola tersebut untuk membawa masuk pemain-pemain tengah yang lain untuk menolong mereka dalam sebuah serangan dan juga menjaringkan gol...Contoh-contoh pemain begini ialah Didier Drogba, Luca Toni dan juga Emmanuel Adebayor...
Di sekolah, aku tidak pernah bermain sebagai seorang penyerang semasa kelas latihan jasmani, tetapi saya pernahlah menjaring beberapa gol.. Golnya serupa dengan apa yang saya telah terangkan kepada anda yang penyerang tengah, Afiq, akan menandukkan bola ke saya, saya akan menendang bola tersebut dan menjaringkan gol!! Itu sajalah! Selamt Tinggal!!



Jumpa Anda Lagi!
6:59 PTG

Jumaat, 11 Julai 2008


Hai... Dalam pos ini, aku akan memberitahu anda tentang tugas seorang pemain tengah.. Di dalam bola sepak, seorang pemain tengah sudah tentu bermain di tengah padang, di antara penyerang dan pertahanan. Tugas mereka ialah untuk merampas bola daripada pihak lawan dan juga untuk mengawalnya. Mereka boleh menghantar bola itu kepada penyerang ataupun mereka juga boleh cuba menjaringkan gol dari jarak yang jauh ataupun dekat. Ada pemain tengah yang bermain secara lebih bertahan, manakala ada yang mengaburkan sempadan di antara pemain tengah dan penyerang. Mereka juga penting untuk setiap pasukan kerana mereka boleh membantu penyerang-penyerang pasukan mereka jikalau pihak lawan ada pemain-pemain pertahanan yang bagus.. Mereka juga boleh membantu pemain-pemain pertahanan mereka dan merampas bola dari pihak lawan.

Di sekolah, saya pernah sekali bermain sebagai seorang pemain tengah.. Walaupun aku sering membantu pertahanan pasukan aku, aku ernasib baik kerana masih dapat menjaringkan sebuah gol dari jarak jauh.. Itulah jaringan gol yang pertama bagiku... Aku berasa sangat gembira.. Itu sajalah... Pada pos yang akan datng, aku akan memberitahu tugas seorang penyerang..



Jumpa Anda Lagi!
8:09 PG



Hai... Seorang pemain pertahanan ialah seorang pemain yang bermain di kawasan dekat dengan tiang gol mereka. Tugas pemain-pemain pertahanan ini ialah mirip dengan tugas seorang penjaga gol. Yang tidak sama ialah seorang penjaga gol boleh menghalang jaringan pasukan pihak lawan dengan menggunakan tangan atau lengan tetapi seorang pemain pertahanan hanya boleh menggunakan kaki mereka.. Pemain pertahanan juga boleh menggantikan seorang penjaga gol kalau penjaga gol mereka cedera atau dibuang padang dan pasukannya tidak ada penjaga gol gantian... Ada bermacam-macam jenis posisi seorang pemain pertahanan seperti...
Pertahanan Kiri
Pertahanan Kanan
Pertahanan Tengah
Pemain-pemain pertahan ini akan bermain di kawasan mereka seperti yang ditunjuk di atas ini...

Pada tahun lalu, aku dapat memasuki pasukan bola sepak sekolahku... Aku bermain sebagai seorang pemain pertahanan... Walaupun aku hanya bermain sebagai seorang pemain pengganti, aku masih berasa bahawa aku harus berlatih bersungguh-sungguh... Itu saja lah!!! Aku akan memberitahu anda semua tentang tugas seorang pemain tengah pada pos yang lain...



Jumpa Anda Lagi!
8:09 PG



Hai lagi... Hari ini saya akan menceritakan anda tentang tugas seorang penjaga gol... Dalam setiap pasukan bola sepak, mesti mempunyai seorang penjaga gol... Tugas mereka ialah untuk menghalang pihak lawan daripada menjaringkan gol... Saya rasa, penjaga gol ini sangat penting bagi setiap pasukan kerana mereka menentukan bilangan gol yang dijaringkan oleh pihak lawan.. Jika sepasukan bola sepak ada seorang penjaga gol dan pemain pertahanan yang tidak baik, pihak lawan mereka mungkin boleh menjaringkan banyak gol yang boleh membuat pasukan itu kalah...

Di sekolah saya, semasa kelas latihan jasmani, apabila kami bermain bola sepak, saya sering bermain sebagai seorang penjaga gol... Setiap kali pasukan saya kalah, saya selalu berasa yang aku yang menyebabkan kekalahan kami. Kadang-kala, kawanku akan membawa sebiji bola sepak dan kami bermain tendangan penalti. Saya berasa sangat gembira apabila saya menghalang kawanku dari membuat jaringan atau saya menjaringkan sebuah gol yang tidak selalu berlaku... Sekian itu saja!!! Pada pos yang kemudian, aku akan memberitahu anda tentang tugas seorang pemain pertahanan... Selamat Tinggal!!!



Jumpa Anda Lagi!
7:04 PG

Khamis, 10 Julai 2008


Hmmm... Saya rasa saya mahu ceritakan kamu tentang sejarah Bola Sepak. Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah. Pada abad ke-19, permainan bola sepak di sekolah-sekolah United Kingdom telah menjadi teratur dan sudah menjadi lebih popular... Undang-undang awal juga sudah pun diperkenalkan... Persatuan Bola Sepak England telah ditubuhkan di 1863 oleh beberapa kelab bola sepak...Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur... Sekian itu saja!!! Jumpa anda lagi di pos yang lain!!!



Jumpa Anda Lagi!
10:37 PTG

Rabu, 9 Julai 2008



Hai semua....Nama Saya Mustaqim... Saya paling gemar bermain bola... Mula-mula bila saya berusia 9 tahun, Saya memasuki CCA bola sepak... Mula-mula, saya saya tidak suka... Tetapi, setelah aku belajar cara-cara dan taktik-taktik untuk bermain dan sudah mula bermain dengan semangat, aku sudah mula menggemari bermain bola. Sekian, itu saja!!! Jumpa anda di pos yang lain!!!



Jumpa Anda Lagi!
10:56 PTG

E-mel
mustaqim_96@hotmail.com

Tentang Saya
Nama saya Mustaqim Saya bersekolah di Sekolah Rendah Woodgrove Dan Saya Suka Bermain Bola

Ruang Borak

Kegemaran Ku
Saya gemar bermain bola !!!

Kawan-kawan Ku
Solihin
Aidilazmil
Sharida
Hazlinda


Penghargaan
Cikgu Tuty=)
Afiq=)
Kak Haz=)
Production:H.Voice
1 2 3 4